CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 21, 2009

~ CinTa ~



Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih.
Tiada salahnya menyintai seseorang kerana
Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta begitulah kamu mengurus dirimu dan setiap hati dan perasaan
mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi,
tiada siapa yang harus dipersalahkan,
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi..
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa
Apabila ia datang mengetuk pintu hati mu
Terimalah kehadiran cinta itu dgn segala misteri di dalamnya
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...
Semoga semua dapat bertemu dgn cinta yg sejati dan jujur....
Insya Allah.................................

wallahu'alam....

Wednesday, April 8, 2009

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita



Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Monday, April 6, 2009

~ IluSTraSi DalAm SEbuAh KeGagAlaN ~

Pernahkah anda merasakan kegagalan dalam hidup anda?

Sebahagian besar dari meraka akan menjawab,"Saya pernah merasakan kegagalan".Bermacam - macam warna kehidupan seakan-akan tak pernah luput dari perkataan "Gagal".
Kegagalan yang kadang-kadang membuat kita enggan untuk bangkit dan maju menuju tujuan hidup yang sebenar.Jalan mulus dan lurus juga terdapat duri yang mampu melukai telapak kaki.Seakan sebuah kegagalan adalah hal yang memalukan dan sangat menakutkan dalam kehidupan.

Kegagalan merupakan fitrah kehidupan yang akan menjadikan kita lebih mampu mengharungi kehidupan ini.

Bermula sejak kita lahir ke dunia,mula belajar menggerakkan anggota tubuh dan cuba merangkak kemudian berdiri.Perlahan-lahan di lakukan hingga berkali-kali terjatuh,tetapi tekad dan mahu untuk bangkit hingga sang anak kecil pun dapat berjalan dan berlari.Sebuah ilustrasi yang tidak dapat kita sangkal dari sebuah kegagalan.

Perjalanan dakwah Rasullullah SAW,mulai perjalanan dakwah beliau di makkah yang hanya berhasil menyadarkan beberapa orang dengan berbagai makian,cacian bahkan siksaan yang beliau dapatkan sampai akhirnya terbangunlah pilar islam.

Napoleon Hill pernah mengalami tujuh kali kegagalan besar di sepanjang hidupnya sebelum menulis buku Think and Grow Rich.

Thomas Alva Edisonm mengalami ribuan kegagalan dalam percubaan menemukan bola lampu yang pada akhirnya ia berjaya.

Harland Sanders telah ratusan kali menu masakannya di tolak,hingga pada usianya 66 tahun, ia berhasil mendirikan restoran ayam kentucky,yang saat ini sudah terdapat lebih dari 1000 outlet di seluruh dunia.

Beberapa ilustrasi di atas menunjukkan kegagalan bukanlah akhir dari sebuah tujuan.Kegagalan dalam belajar,kegagalan dalam pekerjaan,kegagalan cinta dan sebagainya hanyalah merupakan pemanis dan penyedap rasa dalam mencapai kesuksesan.

"Kejayaan mengandungi 99% kegagalan" kata Soichiro Honda.Betapa banyaknya kegagalan dari sebuah kejayaan dan kemanisan.Kegagalan dan kemanisan merupakan sebuah pilihan dan hanya kita yang mampu menjawabnya.Siapkah kita menerima kegagalan? Siapa yang ingin berhasil?

Sekali gagal atau berkali-kali gagal bukanlah beareti kita gagal selamanya,tetapi kegagalanlah yang akan mencipta kejayaan.Orang yang gagal adalah orang yang enggan untuk bangkit dari kekalahan.Ketahuilah di sebalik kegagalan terdapat anugerah terbesar iaitu hikmah dan kejayaan yang tidak dapat kita tafsirkan.Mungkin kita tidak berjaya didunia, tetapi kita juga harus ingat bahawa kita ada kehidupan lain diakhirat.InsyaAllah disana mungkin kita akan memperolehi sebuah kemanisan.

"Tidak penting beberapa kali engkau gagal",kata lincoln,"tetapi yang paling penting berapa kali engkau bangkit".

Beranikah kita menerima kegagalan dan bangkit utk meraih kemanisan dan kejayaan?
Hanya anda yang akan menentukannya......

Sunday, April 5, 2009

~ pEringaTan…. ~

Hanya Ingin Mengingatkan …

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ….


1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan:

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

~ tRiP tO nAtIoNaL pArk:KuALA tAhAN ~



Assalamualaikum semua...kat sini puteri nak kongsi sikit memori tentang trip ke Taman Negara sepanjang 3 hari 3 malam yang dikelolakan oleh Sr Dr Illias Said yang
telah kami lalui iaitu dari 13/02-15/2/2009. semua student Construction Management (CM) RMB 254 joint...siap tempah 2 buah bas lagi..so puteri nak tunjukkan beberapa keping gambar yang telah diambil kat sana...tengok r mcm mane 'giler' nye perangai kami....

Kalau nak tau ni lah yang dikatakan 'next top model'..kat hutan pun tetap possing maut punyer!!!!

Semasa aktiviti 'jungle trekking'...best tu..dah lame x wat aktiviti mcm ni.Melihat flora n fauna ciptaan Allah...

Sampai jer kat Taman Negara masing-masing ambil tempat untuk bergambar...ni lah budak2 CM yang memang 'giler' bergambar....takde peluang langsung puteri nak bergambar sorang-sorang..ada aja yang nak join sekaki...huhuhu

Ha...yang ni lah jejaka2 terhangat gi memancing waktu tgh malam (upss hangat ke??) hihihi....bukan main semangat lagi...tunggu punye tunggu x dapat gak ikan...agaknye ikan pon takut tengok diorang x.Hehehe...

Ni aktiviti yg paling best sekali...meredah jeram..habis semua basah termasuklah Dr Illias n foreign student dari Sudan ni....mana tak yer, diorang semua siap main perang-perang lagi dalam bot tu..huhuhu..sampai ade handphone n kamera budak2 ni yg masuk air...kecian...

Aktiviti ni lah yang ditunggu -tunggu.'Canopy Walk' atau jalan di titian gantung yang mempunyai ketinggian 450m-500m.Antara yang tertinggi di Asia...macam- macam gaya dan rupa yang ada...suka, seram, takut dan ade gak budak ni yang gayat sampai nak nangis..hai Ratna, tak gayat ker??????control cun lah tu....


Ni dia wirawati2 CM yang berlagak diva bile berdepan dengan kamera....x tau buaya menanti diorang..huhuhu ( jangan kata buaya air...buaya darat... tembaga..semua ade..macam iklan astro tu...macam-macam ada..) hahhaah...


Inilah demo menggunakan sumpit yang telah ditunjukkan oleh salah seorang penduduk orang asli kat taman negara ni..tiup bang jangan tak tiup..hihihi..Aik yang lain tu tak kan tengok je kot...(^^,)

semasa lawatan ke perkampungan orang asli...sebenarnya aktiviti ni takde dalam tentatif..tetapi tetiba je ada..musykil-musykil...hihihi...eh mana satu student usm,mane satu org asli ni....x dapat beza r..sape lak yang pangku baby tu..adakah itu anaknya????


Semoga kenangan yang dilalui bersama-sama menjadi kenangan yang terindah n cukup bermakna dalam diri semua..korang semua dekat dihati..nak tahu kemana trip yang seterusnyer??? tunggu!!! hihihi

Friday, April 3, 2009

~ ya ALLAH...taBAhKAnlaH hATi haMbAmU iNi ~

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…


~sEnaMan uTk hilAngkaN tEnSIon~

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...

ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..kemudian ke kanan

ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...

buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress..

pusingkan kepala...

Mahu lagi power,!!? Dinasihatkan kalau boleh elakkanlah.

Tukar segelas air itu dengan sebaldi air


tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk..

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak... ha.. ha ..ha...


SELAMAT MENCUBA.... =)